iklan

Rabu, 6 Mei 2015

Tanam Sendiri--Terung

Terung, sayur buah yang popular dalam masyarakat kita.  Buahnya enak dimakan muda bewarna putih, ungu tua atau hitam dengan bentuk panjang, bujur atau bulat telur.  Terung adalah dari keluarga yang sama dengan kentang iaitu keluarga Solanum.  Pokok terung perlukan banyak cahaya dan sesuai ditanam dalam bekas.  Bagi rakan-rakan yang tiada ruang atas tanah, terung sesuai ditanam di dalam pasu yang besar.


Tempat
Terung perlukan banyak cahaya dengan tanah yang subur.  Ia sesuai ditanam dalam tanah yang kaya dengan organik. pH 5.5 hingga 6.8.  Seeloknya gaulkan 5 cm (2 inci) baja organik tinja ayam dalam 15 cm (6 inci) tanah.

Cara Menyemai Benih
Rendamkan benih dalam air suam sehari sebelum menyemai untuk menpercepatkan percambahan iaitu bermalam.  Tanam dalam dulang semaian atau bekas kecil menggunakan tanah organik (tanah adunan semaian).  Tanam sedalam 2 cm.  Ada yang syorkan supaya tutup permukaan bekas semaian dengan plastik hitam selama 2 hari kerana benih terung akan bercambah dalam gelap sepenuhnya.  Benih terung akan bercambah dalam masa 1 hingga 5 minggu.

Mengalih Anak Benih
Alih anak benih apabila ia tumbuh setinggi 8 hingga 10 cm (3 hingga 4 inci) atau apabila daun sebenar telah tumbuh ke dalam bekas besar atau ke atas batas.  Jika inginkan pohon yang rimbum, apabila pokok mencapai 20 cm (8 inci) patahkan pucuk yang utama.  Jika tanam atas batas, jarakkan pokok kira-kira 45 hingga 60 cm (18 hingga 24 inci).

Penjagaan
Merumput  dan siram selalu.  Jangan biarkan tanah kering tapi jangan pula sampai air bertakung.  Tambah baja setiap 2 minggu.  Gunakan baja organik.  Untuk cepatkan pertumbuhan siram teh kompos atau air rumpai laut untuk bekalkan natrium dan kalium.
Jika keadaan kering (musim kemarau), tutup permukaan tanah dengan sungkup, misalnya jerami atau tanah daun untuk kekalkan kelembapan tanah.


Penjagaan pokok terung tidak cerewet.  Ia boleh ditanam dalam bekas dan diletak di tepi rumah.
Pokok terung ini dibaja menggunakan baja organik menggunakan kompos dari bahan dapur.

Menuai
Petik buah ketika ia paling berkilau.  Apabila buah kurang berkilau, ia semakin pahit dan kurang enak dibuat ulam.  Gunakan pisau atau gunting kebun dan kerat pada tangkai buah.


Petik buah terung ketika ia paling berkilau.

Masalah
Perhatikan pokok, ia mungkin diserang kekabuh terung, lalat buah, bena (aphid), whitefly dan ulat bulu.  Buang atau musnahkan haiwan perosak jika temui.

Fakta Tentang Terung
Benih kekal bernas selama 6 hingga 10 tahun jika disimpan dalam bekas yang kering padasuhu bilik.
Kadar cambahan benih, 60%.
Suhu optima percambahan adalah pada 25 hingga 30 darjah Celsius.
Tanam 2 pokok untuk setiap ahli keluarga yang makan terung.
Waktu tuai, 70 hingga 110 hari selepas menyemai.  50 hingga 75 hari selepas mengalih anak pokok.
Satu pokok menghasilkan 5 hingga 10 buah dalam satu masa.

Isnin, 4 Mei 2015

pakat share ramai2

Tanam Kobis Depan Rumah

Bila tanam kobis, satu dari sasaran kita ialah bila kobis nak membentuk "kobis" atau "jantung."  Jika tinggal kawasan yang panas seperti di negara kita, ada jenis-jenis tertentu sahaja yang akan membentuk kobis.  Benih dari jenis tersebut ada dibekalkan di dalam blog ini.  Saya sendiri tak kisah sangat sebab daun kobis yang terbuka dan segar juga enak dimakan.  Kobis ini telah dituai beberapa kali.  Saya hanya kerat beberapa helai daun dari setiap pokok dan biarkan pokok terus tumbuh seperti biasa.

Saya perhatikan, kobis, semakin dituai daunnya, semakin cantik bentuk pokoknya.  Sayur kobis segar, enak dimasak atau dicicah sambal sebagai ulam.  Saya tanam kobis dalam kotak gabus dan dalam pasu 10 inci (26 cm).  Tanah yang diguna, tanah campur (tanah liat dan pasir) yang dibeli di nurseri digaul dengan kompos dapur.  Pokok ini tidak lagi dibaja, hanya disiram setiap pagi. 

Tak susah jaga.  Cuma semasa kecil pokok diratah belalang.  Tapi itu bukannya masalah yang besar.  Saya cuma kutip belalang yang ditemui dan musnahkan.   Jom tanam kobis. 
Cara dan panduan menanam cili dalam pasu atau polybag

Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.
Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.
i. Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.
ii. Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.
iii. Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.
iv. Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.
v. Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.
vi. Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 – 15 kilogram sepokok.
Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas, panduan berikut boleh diikuti.
i. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 meter lebar dan 22 – 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan manakala jarak antara batas pula ialah 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.
PENYEDIAAN ANAK BENIH

Semaian anak benih cili

Cara dan panduan menanam cili dalam pasu atau polybag
Semaian anak benih cili
i. Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput dan satu bahagian pasir.
ii. Semai lima gram biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutp benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman adalah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok.
iii. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.
iv. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.
v. Ubah anak benih ke ladang 3 – 4 minggu selepas disemai .
vi. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.
MENANAM
i. Anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas.
ii. Sebelum mencabut basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak beni dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
iii. Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris.
PENJAGAAN
i. Tabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu.
ii. Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
iii. Bersihkan batas daripada rumpai menggunakan tanah, cangkul atau tajak.
TUAIAN HASIL

Tuaian hasil cili merah
Tuaian hasil cili merah
i. Cili boleh dipetik lapan minggu selepas diubah ke ladang dan pungutan hasil dibuat setiap tiga atau empat hari.
ii. Anggaran hasil dari kawasan 50 meter persegi adalah 100-200 kg.
BERKEBUN 

GST sesungguhnya memang membebankan, semua harga barang yang bukan barang kawalan dinaikan harganya kemudian dikenakan GST. Kehidupan yang susah semakin susah. Jadi macam mana nak berjimat? Jom kita share ramai2 bagaimana caranya nak berkebun diruang yang terhad dan dengan kos yg rendah. Dan yang paling penting senang nak uruskan kebun sayur kita, bagi yang sibuk....cuba lihat gambar yang disertakan sekali...sebenarnya sekali pandang je, kamu semua dah tahu kaedahnya. 

DAUN BAWANG

1. sebenarnya kamu hanya perlukan botol minuman 1.5 liter, yang semestinya banyak dibuang.
2. kamu perlukan tanah campuran. senang cakap, beli je kat kedai 1 peket harga dalam lingkungan RM 2.00 hingga RM 4.00. yang terbaik campuran serbuk sabut kelapa.
3. bawang kecil ataupun bawang besar. itu sahaja.
4. kos keseluruhan tak lebih dari RM 20.00. tetapi anda berjimat dari membeli daun bawang yang berharga RM 8.00 sekilo. 
5. perlu diingat bajakan pokok 2 minggu sekali dan siramkan pokok at least 1 kali sehari. baja no.45.(pertumbuhan).








SAWI ATAUPUN KANGKUNG 

bahan-bahanya...

1. paip pvc 8 inci sepanjang 2 meter (panjang bergantung pada pilihan kamu)
2. pasu ataupun tong cat besar yang memang tak digunakan lagi. baldi pun boleh.
3. tanah yang sesuai. jangan guna tanah merah (letrik) sbb akar susah nak, terencat pokok. klu boleh tanah gambut atau tanah hitam yang dicampur dgn sabut kelapa.
4. paip pvc tu di tebuk2 sepanjang batangnya kemudian dimasukkan kedalam baldi.
5. dibubuh tanah didalam baldi dan juga batang papi tadi sehingga penuh.
6. klu dah siap. dah boleh semai biji sawi dan kangkung.

Ini contoh lain untuk ditiru atau diguna pakai